Cikgu Maya

My Beloved Family.. :)

Wednesday, February 23, 2011

As-salam. Cikgu minta maaf kepada anak-anak cikgu semua kerana sudah lama tak "mengupdate" blog cikgu ini. Bukan apa terlalu banyak kekangan yang wujud maklumlah bila sudah bergelar guru, bukan tugasnya hanya untuk mengajar. Guru juga ada berbagai-bagai tanggungjawab lain yang perlu dipikul.... itu belum termasuk lagi tanggungjawab sebagai ibu bapa.... Anak-anak cikgu yang dikasihi... minggu lepas cikgu telah membawa anak murid cikgu yang berkeperluan khas untuk pemilihan kejohanan olahraga peringkat negeri Melaka nanti. Ada la dua tiga orang murid cikgu yang terpilih agaknya (keputusan pemilihan belum diberitahu). Seronok bila menyaksikan anak-anak istimewa ni bersukan. Terutama apabila melibatkan murid yang bermasalah penglihatan dan murid-murid sindrom down. Geli hati pun ada gak.... mana taknya... bila dia orang berlari cikgu pun sama kena ikut, yang masuk garisan orang lain jangan ceritalah... yang terus masuk tengah padang pun ada..... tapi disamping semua perasaan itu terselit satu perasaan.... bersyukurlah anak-anak cikgu yang dilahirkan sempurna.... jadi... gunakanlah apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kita sebaiknya....


No comments:

Post a Comment